Usahawan Jutawan Muda

#Diploma Dalam Tangan, Perniagaan Dalam Genggaman


Seminar CEO Muda

Seminar ini mendedahkan lepasan SPM kepada prospek kerjaya sebagai CEO serta strategi dan laluan pantas bekerjaya sebagai CEO



Program

ISM tawar program berteraskan pengurusan dan perniagaan dibangunkan khas buat bakal pemimpin perniagaan



Kenali ISM

Sebuah institusi pendidikan tinggi yang ditubuhkan di bawah Akta 555 dengan misi utama melahirkan pemimpin perniagaan bertaraf dunia



Innovative School of Management

Kami boleh dihubungi melalui pelbagai platform dan aplikasi di bawah

Borang Pendaftaran

Seminar CEO Muda

Borang Pendaftaran

Tahinah!

Pendaftaran anda telah berjaya

Sila sahkan kehadiran anda melalui applikasi WhatsApp dengan menekan butang di bawah

Tahinah!

Pendaftaran anda telah berjaya.

Anda ditawarkan secara bersyarat untuk mengikuti program di peringkat Diploma di Innovative School of Management.

Sila tekan butang di bawah untuk mendapatkan surat tawaran bersyarat dengan segera melalui aplikasi WhatsApp.







Diploma in Business Management

MQA/FA5133

Hasil pembelajaran "Diploma in Business Management" adalah untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan yang meliputi bidang seperti pengurusan kewangan, pemasaran, sumber manusia, operasi perniagaan, dan strategi perniagaan.Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran keusahawanan, kepimpinan, serta keupayaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam persekitaran perniagaan.


PerkaraMaklumat
Kredit92
Tempoh2.5 Tahun
PembiayaanPTPTN, KWSP, Yayasan Negeri, Baitulmal, dan YPR
BiasiswaRM7,600 kepada keluarga yang menerima STR
Yuran AsalRM20,100
Yusan BersihRM0.00* / RM3,100**
Syarat*Setelah ditolak pembiayaan PTPTN maksima dan biasiswa. **Setelah ditolak pembiayaan PTPTN maksima sahaja.
LokasiISM Shah Alam

Seminar CEO Muda

Seminar CEO Muda memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan tips, teknik, dan strategi untuk menjawat jawatan CEO.Peserta yang hadir akan diberikan sijil Micro-Degree in Business Leadership.


PerkaraMaklumat
Tempoh0.5 Hari
YuranRM 0.00
LokasiISM Shah Alam

Diploma in Business Management Plus +

MQA/FA5133

Program ini mendedahkan pelajar tentang aspek-aspek penting dalam pengurusan perniagaan seperti pemasaran, kewangan, dan operasi. Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran keusahawanan dan kepimpinan.Berbeza dengan DBM biasa, DBM Plus+ disertai dengan program "business mrntoring" di mana pelajar akan dibimbing untuk membina perniagaan sendiri ketika masih belajar.Di akhir program ini, peserta akan bergraduat dengan syarikat sendiri yang telah dibina semasa belajar.Program ini sesuai bagai mereka yang meminati kerjaya sebagai seorang CEO dan pemilik perniagaan.


PerkaraMaklumat
Kredit92
Tempoh2-3 tahun
PembiayaanPTPTN, KWSP, Yayasan Negeri, Baitulmal, dan YPR
BiasiswaRM50,000 bagi alumni SCM sahaja
Yuran AsalRM26,100 [Program]
Yuran AsalRM50,000 ["Coaching"]
Yuran BersihRM9,100*
Syarat*Setelah ditolak pembiayaan PTPTN maksima dan biasiswa
LokasiISM Shah Alam
Syarat KhasLulus temuduga khas

Diploma in Accounting

MQA/FA5132

Diploma Perakaunan ini menyediakan graduan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perakaunan dan kewangan yang merupakan salah satu bidang yang pesat bekembang di Malaysia.Di antara bidang utama yang anda akan pelajari adalah prinsip perakaunan, pelaporan kewangan, audit, percukaian, dan undang-undang perniagaan. Anda juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian perakaunan.Melalui program ini, anda akan berpeluang menjalani latihan praktikal bersama firma perakaunan dan audit ternama serta jabatan kewangan syarikat dan organisasi di Malaysia dan luar negara.Pemegang Diploma dalam Perakaunan mempunyai peluang kerjaya yang luas di sektor perakaunan dan kewangan. Terdapat permintaan yang tinggi untuk pakar perakaunan yang berkelayakan dan anda akan mempunyai peluang untuk bekerja dengan syarikat-syarikat terkemuka, firma perakaunan, atau memilih untuk menjadi seorang akauntan bebas.


PerkaraMaklumat
Kredit92
Tempoh2.5 tahun
PembiayaanPTPTN, KWSP, Yayasan Negeri, Baitulmal, dan YPR
BiasiswaTiada
Yuran AsalRM20,100
Yuran BersihRM3,100*
*SyaratSetelah ditolak pembiayaan PTPTN maksima RM17,000
LokasiISM Shah Alam

Diploma in Business Administration

MQA/PA15580

Diploma Pentadbiran Perniagaan ini ditawarkan khas buat mereka yang sedang bekerja atau memerlukan fleksibiliti dari segi masa dan lokasi pembelajaran.Ini kerena, Diploma ini ditawarkan secara atas talian tanpa perlu hadir secara fizikal ke kampus.Melalui Diploma ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu berkenaan pengurusan sumber manusia, operasi, kewangan, pemasaran, undang-undang, sistem maklumat, serta beberapa bidang lain yang amat relavan dalam mentadbir perniagaan di era globalisasi.Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara atas talian sepenuhnya menggunakan aplikasi mudah alih.Graduan program ini boleh menjawat jawatan sebagai penolong pegawai pemasaran, kewangan, sumber manusia, atau operasi serta boleh memohon jawatan kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.


PerkaraMaklumat
Kredit92
Tempoh2.5 tahun
Yuran BersihRM150 / bulan
LokasiAtas talian
InstitusiKolej Antarabangsa Inovatif


Tentang Kami

Selamat datang ke Innovative School of Management.Institusi ini turut sebagai ISM. Berikut adalah maklumat-maklumat penting berkenaan penubuhan kami.

Kami bertekad untuk memberikan pendidikan tinggi yang unggul di dalam bidang pengurusan perniagaan.


Visi

Membina pemimpin usahawahan bertaraf dunia yang memberikan impak positif kepada masyarakat

Misi

Melahirkan graduan jutawan dengan kemahiran keusawanan dan kepimpinan bertaraf dunia


Nilai

Kami berpegang kepada nilai-nilai berikut untuk membentuk budaya keusahawanan yang berjaya di kalangan pelajar kami.

Kami berharap melalui penekanan terhadap nilai-nilai ini, pelajar kami akan menjadi usahawan yang berjaya, inovatif, dan berintegriti dalam dunia perniagaan.


Inovasi

Kami mendorong pelajar untuk berfikiran inovatif dan mencari penyelesaian baru dalam dunia perniagaan.Kami menggalakkan keberanian untuk berfikir di luar kotak, mencipta produk atau perkhidmatan yang unik, dan memanfaatkan teknologi terkini dalam usaha keusahawanan.

Ketekunan

Kami menghargai nilai ketekunan dan daya tahan dalam menghadapi cabaran perniagaan.Kami memotivasi kami untuk terus berusaha, walaupun menghadapi rintangan dan kegagalan.Kami percaya bahawa kejayaan keusahawanan datang melalui ketekunan yang berterusan.

Kolaborasi

Kami mengamalkan nilai kolaborasi dan kerjasama di kalangan pelajar.Kami mendorong perkongsian idea, pengetahuan, dan sumber daya antara pelajar.Kami percaya bahawa melalui kerjasama, pelajar dapat memperluas jaringan profesional mereka dan mencipta sinergi yang menguntungkan untuk perkembangan keusahawanan.

Integriti

Kami menekankan pentingnya integriti dalam setiap aspek perniagaan.Kami mendidik pelajar untuk bertindak dengan jujur, menghormati prinsip etika, dan mempraktikkan nilai-nilai moral dalam keusahawanan.Kami percaya bahawa integriti adalah asas yang penting dalam membina hubungan jangka panjang dan kejayaan berterusan.

Kepimpinan

Kami melahirkan pemimpin keusahawanan yang berdaya saing dan bertanggungjawab.Kami mendorong pelajar untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan, keberanian mengambil risiko, dan keupayaan untuk mempengaruhi dan menginspirasi orang lain.Kami menerapkan prinsip kepimpinan beretika dan memberi pelajar platform untuk berkembang sebagai pemimpin masa depan.


Falsafah

kami berpegang teguh kepada prinsip dan nilai yang menghasilkan pendidikan berkualiti kepada pelajar kami.Falsafah kami merupakan perkara utama yang membentuk identiti kami sebagai institusi yang melahirkan pemimpin perniagaan bertaraf dunia.Berikut adalah prinsip-prinsip utama yang membentuk falsafah kami.

Falsafah ini menjadi pemandu utama dalam memberikan pendidikan berkualiti tinggi dan membangun individu yang berkualiti sebagai pemimpin perniagaan masa depan.Kami komited untuk terus meningkatkan diri dan memastikan pelajar kami mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan yang kompetitif


Keunggulan Akademik

Kami berusaha untuk mencapai keunggulan akademik dalam setiap aspek pendidikan yang kami sediakan melalui penyampaian ilmu yang berkualiti, penyelidikan yang inovatif, dan pengajaran yang berfokus pada pembangunan kemahiran praktikal.

Pembelajaran Holistik

Kami mengamalkan pendekatan pembelajaran holistik yang melibatkan pengembangan intelektual, sosial, dan emosi pelajar.Kami memupuk perkembangan seimbang dalam aspek akademik, kepimpinan, keusahawanan, dan etika profesional.Kami menggalakkan perkembangan diri yang menyeluruh untuk mempersiapkan pelajar menjadi individu yang berdaya saing dan berkeupayaan tinggi.

Inovasi Tinggi

Kami menyokong dan mendorong inovasi dalam pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan.Kami memanfaatkan teknologi terkini dan kaedah pembelajaran yang inovatif untuk meningkatkan kecekapan proses pembelajaran.Kami juga menggalakkan pelajar dan pensyarah untuk berfikir kreatif dan mencari penyelesaian yang inovatif terhadap cabaran perniagaan semasa.

Beretika

Kami memegang teguh kepada nilai-nilai etika dan tanggungjawab sosial dalam semua aspek yang kami lakukan. Kami mengajar dan mendorong pelajar kami untuk berperilaku dengan integriti, menghormati kepelbagaian, dan mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial. Kami melahirkan graduan yang beretika tinggi, bertanggungjawab dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan industri.


Organisasi

Innovative School of Management atau ISM adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.ISM dimiliki oleh Innovative School of Management Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Innovative Capital Berhad.Berikut adalah carta korporat dan senarai pegawai-pegawai yang terlibat di dalam operasi syarikat yang berkaitan.


Innovative Capital Berhad

Sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016


Innovative School of Management Sdn Bhd

Dahulunya dikenali sebagai Azizan Osman Education Group Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965


Innovative School of Management

Sebuah institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996


Konsultan dan Pakar

Konsultan dan pakar perniagaan yang dilantik oleh ISM


Datuk Wira Dr Azizan Bin Osman

Pengerusi Eksekutif
Innovative Capital Berhad

Puan Shahawati Binti Umar

Pengarah Eksekutif
Innovative Capital Berhad
Pengarah Eksekutif
Innovative School of Management Sdn Bhd

Encik Muhammad Anas Bin Mohd Bukhori

Pengarah Eksekutif
Innovative Capital Berhad

Encik Amir Faisal Bin Ahamed Latfi

Ketua Eksekutif
Innovative School of Management Sdn Bhd
Presiden
Innovative School of Management
merangkap konsultan dan pakar strategi perniagaan

Encik Muhammad Rizal Bin Roslee

Vice President
Innovative School of Management
merangkap konsultan dan pakar operasi perniagaan

Encik Al-Farhan Bin Mohd Jamil

Ketua Pustakawan
Innovative School of Management
merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Presiden

Encik Muhammad Fahim Bin Roslan

Timbalan Naib Presiden 1
(Kualiti dan Sistem)
Innovative School of Management
merangkap konsultan dan pakar sistem teknologi maklumat

Encik Razuan Bin A.Razak

Timbalan Naib Presiden 2
(Operasi)
Innovative School of Management

Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Razak

Penolong Pendaftar
Innovative School of Management

Cik Syafiqah Hanim Binti Radi

Konsultan dan Pakar Pemasaran
Innovative School of Management

Cik Farisya Nabila Binti Mohd Hamidi

Konsultan dan Pakar Kewangan
Innovative School of Management